Posts

Showing posts from April 19, 2011

GURU j-QAF LAYAK MOHON GURU CEMERLANG

Image
Dewan Bestari : Isu tentang guru cemerlang mula diperkatakan dikalangan guru-guru pendidikan Islam yang berpeluang untuk memohon untuk menjadi guru cemerlang termasuk guru-guru j-QAF Kohort 2005 (Ambilan Pertama). Akan tetapi guru j-QAF perlu menunggu sehingga tahun hadapan untuk memohon Guru memohon Guru Cemerlang tersebut. PERINGATAN KEPADA GURU j-QAF yang ingin memohon pada tahun hadapan : 1. PRESTASI 3 TAHUN BERTURUT-TURUT 2. MENGUMPUL SEMUA INVOVASI GURU SEPANJANG TEMPOH TERSEBUT 3. SIJIL-SIJIL KURSUS dan yang berkaitan 4. SOKONGAN LAIN (sila ambil perhatian) JQAFMELAKA berharap agar ramai dikalangan guru-guru j-QAF yagn berdedikasi akan muncul sebagai guru cemerlang tahun hadapan.Buktikan...... Harapan agar info ini dapat memberi manafaat kepada semua guru j-QAF

PEMANGKU GURU/PENSYARAH CEMERLANG TAHUN 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus. Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut: Pemohon