Posts

Showing posts from October 28, 2009

Mesyuarat Pembinaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pend. Islam Tahun 2

Image
27-29 Oktober 2009, Puteri Resort. Seramai 70 orang Pegawai Pelajaran Negeri dan guru-guru Pend. Islam dan j-QAF berkumpul di Melaka untuk membina Modul Transformasi Pend. Islam tahun 2. Mesyuarat ini juga disertai oleh guru-guru Pend. islam dan j-QAF dari negeri Melaka. Menurut Tn. Hj. Muhammad kamil bin Ali dari Bidang Pend. Islam, Bahagian Pembangunan Kurikulum, sukatan tansformasi Pend. Islam tahun 1 akan bermula pada tahun 2011. Sukatan transformasi ini akan menambah baik kurikulum pend Islam yang sedia ada terutamanya bagi mencapai sasaran penubuhan j-QAF di sekolah rendah, tambah beliau lagi. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini demi kecemerlangan anak didik kita pada masa hadapan.
Image
28 Oktober 2009 : SK Sungai Udang : Ihtifal Khatam al-Quran Kawasan Tanjung telah diadakan disini sejak jam 8.30 pagi tadi. Us Md Razif bin Shahid melahirkan rasa bangga atas pencapaian para pelajar yang telah menyertai pertandingan pada kali ini. Beliau yang juga Pegawai Mata Pelajaran Elektif mewakili Ketua Sektor Pendidikan Islam dalam ucapan perasmian penutup tengahari ini berharap hasil kemenjadian pelajar j-QAF akan dapat dilihat hasilnya pada masa akan datang. Sebelum itu Pn Hjh Noryati Che Man Gurubesar SK Sungai Udang bersa bertuah kerana sekolah beliau terpilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini. Turut hadir ialah Us Hassan Md Said dari PPD MElaka Tengah dan Us Kamaruzaman MD Isa dari SPI JPN Melaka. Tuan rumah telah menjuarai Pertandingan Dikir Barat pada kali ini. Berita j-QAF

Sana sini IHTIFAL KHATAM QURAN 2009

Image