Posts

Showing posts from November 14, 2008

Pastikan jQAF dipertahankan

Image
KL International Hotel :13 November 2008 : Penolong Pengarah (Ketua Unit ) Puan Norazah mengingatkan Pelaporan jQAF adalah satu wadah untuk mempertahankan program jQAF diseluruh negera."Satu elemen terpenting didalam penilaian pencapaian program jQAF adalah dari penilaian peloporan yang dirancang dengan begitu telus dan teliti"ujar beliau."Saya berharap kepada semua yang terlibat didalam pengumpulan kali ini dapat memastikan pelporan terus berjalan lancar pada tahun hadapan dimana masuk tahun kelima perlaksanaan program jQAF"kata beliau lagi ketika penutupan Mesyuarat Pelaporan pada tengahari ini.Menurut Us Fauzi Penolong Pengarah diBahagian Pendidikan Islam "Persoalan-persoalan tentang perlaksanaan program jQAF masih lagi berkumandang walaupun telah lima tahun ianya berjalan."kata beliau ketika hadir di mesyuarat disini.Beliau berharap semua negeri akan memantapkan lagi usaha agar jQAF akan terus berjaya pada tahun 2010 nanti.Mesyuarat berakhir pada jam 1

Pencapaian Negeri Melaka membanggakan

Image
KL International 13November 2008 : Negeri Melaka antara pasukan yang telah menghantar laporan Oktober 2008 disini.Menurut Ustaz Abdul Razak Aman "Hasil cantuman laporan ketiga-tiga buah daerah telah menunjukkan sedikit peningkatan.Tapi satu usaha mesti dibuat tahun hadapan untuk memantapkan lagi pengisian pelaporan yang amat penting sebagai satu penanda aras kejayaan j-QAF"ujar beliau ketika bersama team pelaporan kebangsaan.Ustaz Che Mat Che Leh berpendapat tahun hadapan satu siri mesyuarat khas akan dibuat disetiap daerah khas untuk pengisian data pelaporan untuk mengelakkan dari kelewatan seperti yang terjadi pada pelaporan kali ini.Keputusan penuh dijangka akan dipaparkan diblog selepas diserahkan kepada Ketua Sektor.

Team Pelaporan Oktober 2008 j-QAF Kebangsaan bertungkus lumus

Image
KL International Hotel Kuala Lumpur 13 November : Seramai 31 orang pegawai dan guru data pelaporan j-QAF berkumpul disini untuk proses akhir pengumpulan data setiap negeri untuk dilaporkan kepada Bahagian Pendidikan Islam ,Kementerian Pelajaran Malaysia disini."Masih banyak masalah yang berlaku oleh sesetengah sekolah yang masih tidak faham dan lewat didalam menyampaikan pelaporan kepada PPD dan JPN Negeri " kata Ustaz Abdullah Taha dari PPD Pasir Mas mewakili negeri Kelantan.Bagi Ketua Pengumpul Data Ustaz Shahrin berkata "Tahun hadapan dijanka akan ada cakera padat baru untuk pelaporan 2009 kerana banyak sekolah yang akan menjalankan jQAF pada tahun hadapan"ujar beliau.Pengumpulan data kali ini menyaksikan kerja keras oleh guru-guru yang dilantik untuk mengumpul pelaporan negeri masing-masing.Kali ini pengumpulan data siap lebih awal atas kesungguhan guru dan pegawai yang terlibat.

Permainan Baru untuk Pemulihan Jawi Tahun Lima Tahun 2009

Image
KL International Kuala Lumpur 12 November : Permainan Pemulihan Jawi baru sedang giat dijalankan untuk proses akhir oleh panel kualiti Bahagian Pendidikan Islam disini.Menurut salah seorang panel Ustazah Faezah Hj Hashim dari SK Cheng ,Melaka.Proses akhir ini memerlukan penelitian agar hasilnya nanti akan dapat digunakan oleh semua pelajar pada tahun hadapan.Panel ini merancang dan membincangkan penelitian semalam tiga hari disini bersama team pelaporan kebangsaan.